Kekosongan Jawatan di Millionaire Thrivers

Millionare Thrivers sentiasa mencari calon-calon yang berminat untuk menyertai kumpulan kami sebagai penasihat kewangan.  Penasihat Kewangan di bawah Millionaire Thrivers sangat-sangat bertuah kerana anda berpeluang menjadi anak didik kepada seorang perunding yang terpantas dinaikkan pangkat kepada Pengurus Agensi Kumpulan iaitu Jeff AJ.  Beliau merupakan seorang leader yang sangat dinamik dan memiliki kumpulan perunding di Damansara, Sepang, Kota Bharu dan Terengganu, Kuantan membolehkan latihan dihadiri di mana-mana sahaja.
Bukan itu sahaja, kami juga bergabung dengan Millionaire Sisters EXP Business untuk ilmu insurans dan takaful dan latihan selalunya diadakan di seluruh negara iaitu di Lembah Klang, Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu.
Menjadi penasihat kewangan bersama kami amat mudah.  Anda hanya perlu mempunyai sijil SPM dengan kelulusan kredit dalam mana-mana TIGA mata pelajaran sahaja.  Selain dari itu sekiranya anda mempunyai kelulusan yang lebih tinggi dari SPM maka kami akan mengambil kira kelulusan yang tertinggi sahaja.
Anda tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang sales kerana segala latihan akan disediakan secara intensif.  Latihan bukan sahaja diadakan secara teori malah juga secara praktikal oleh leader-leader yang berpengalaman dan terbukti berjaya.  Itulah kelebihan kami di Millionaire Thrivers.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kekosongan jawatan di Millionaire Thrivers, sila klik link Hubungi Kami ini.

Kenapa HLM Takaful?

Semalam seorang Client unit trust saya, Senior Manager dari sebuah syarikat oil & gas terkenal datang berkunjung ke pejabat saya – Millionnaire Thrivers Sepang.Katanya dia sudah tidak bekerja sejak bulan 2 atas alasan ‘career break’. Dia ingin melakukan apa yang dia tak dapat lakukan sebelum ini. Tambahan pula setelah menunggu 13 tahun, dia mendapat seorang bayi angkat.

Saya beritahu saya dah join HLM Takaful. Katanya kenapa HLMT? Tidak takaful operator yang lain? Jawab saya, saya inginkan operator yang ada ‘killer product’. Dia tak faham.

Saya tunjukkan risalah produk simpanan i-Care Hasanah. Simpan RM1000 selama 12 bulan, pada bulan ke 13 dapat RM6000.

Matanya bulat. Betul ke pelan ni?? Kebetulan saya sudah buat ilustrasi simpanan untuk beliau. Saya tunjukkan terus.

Ini bagus sangat produk ni… Saya tak pernah jumpa produk macam ni katanya..

That’s why I join HLMT… ??

By the way katanya, since I’m taking a career break, I don’t think nak kerja makan gaji balik. Sekarang saya tumpukan kerjaya saya mengadakan seminar (dia seorang master trainer).

Saya nak jadi Consultant dengan awak lah.. Saya nak buat takaful dan unit trust… Dah ada kawan-kawan saya di pejabat lama yang dah tunggu saya jadi agen. Bila tarikh exam terdekat?

Alhamdulilah, Allah hantarkan lagi hambanya untuk bersama-sama saya. Yakin dengan Dia, insyaallah jalannya akan dipermudahkan. Bagaimana, bila jangan ditanya. Cuma doa, yakin dan usaha…

– Jeff AJ

Majlis Iftar Millioinaire Thrivers

Baru-baru ini kumpulan perunding Millionaire Thrivers telahpun mengadakan majlis iftar yang bertempat di pejabat urusan kami di Sepang.

Majlis ini telahpun dijalankan dengan konsep ‘pot luck’ dimana kebanyakan diantara perunding memasak sendiri pelbagai juadah untuk disajikan bersama termasuklah roti jala, serawa durian, daging masak merah, ayam masak black pepper, nasi arab, cendol, kuih-muih dan sebagainya..

Majlis telah berlangsung dengan penuh meriah sekali.  Ada juga yang membawa anak-anak dan pasangan masing-masing untuk memeriahkan suasana. Semoga ikatan kekeluargaan kami di Millionaire Thrivers ini akan sentiasa berterusan dan diberkati Allah hendaknya.

 

Unit Trust – Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips mengenai perkara yang kita perlu nilaikan dalam membuat pelaburan unit amanah atau lebih popular sebagai unit trust.1. Apakah Objektif Pelaburan Anda?

Tentukan dahulu apakah objektif pelaburan anda? Adakah anda menyimpan untuk persaraan atau sekadar untuk menggandakan pulangan. Berapakah jangkaan pulangan yang anda mahukan? Berapa jumlah matang yang anda mahukan? Dari sini kita boleh tentukan jenis dana, skim pelaburan, tempoh pelaburan, jumlah dan jenis caruman yang anda perlu buat.

2. Berapa Lamakah Masa?

Adakah anda ingin menyimpan untuk tempoh singkat, sederhana ataupun jangka panjang? Perlu diingat, simpanan dalam unit trust mestilah dalam jangka masa sederhana atau panjang sahaja. Tetapi kadang-kadang pulangan boleh diperolehi dalam tempoh yang singkat berdasarkan pasaran semasa. Anggaplah ianya sebagai bonus sahaja.

3. Cash atau Skim EPF?

Terdapat dua skim untuk simpanan iaitu melalui cash dan Akaun 1 EPF.

Ada beberapa pilihan dana yang anda boleh pilih untuk skim EPF. Anda boleh rujuk di sini – https://www.fimm.com.my/wp-content/uploads/2016/03/EPF-MIS-Approved-Fund-List-2016-2017.pdf.

Untuk cash pula pilihannya lebih meluas. Anda juga boleh pilih untuk melabur dalam skim persaraan swasta (PRS) yang mana anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM3000 setahun dan caj pengurusan yang lebih rendah. Saya akan tulis mengenai skim ini di lain waktu.

4. Perlukah Pilih Syarikat Tertentu?

Adakah anda  perlu pilih syarikat yang popular untuk untung? Jawapannya tidak. Syarikat yang popular sudah pasti memberikan banyak kelebihan dari segi rangkaian cawangannya di merata-rata tempat, support system yang lebih baik. Tetapi itu bukan penentu keuntungan pelaburan. Kena ikut sistem yang betul. Syarikat yang lebih kecil pun tak mengapa, yang penting prestasi dana adalah terbaik. Rujuk majalah seperti Smart Imvest atau The Edge untuk mengetahui prestasi sesebuah dana dan kedudukannya. Pilih perunding yang bertanggung jawab dan berkaliber.

5. Apakah Dana Yang Saya Perlu Pilih?

Anda boleh rujuk panduan mengenai dana pada tulisan saya yang lalu di http://millionairethrivers.blogspot.my/2015/11/tips-melabur-dalam-unit-amanah.html?m=1.

Lebih tinggi pulangan dana maka lebih tinggi lah risiko selalunya. Pilih berdasarkan objektif pelaburan anda.

6. Dana Baharu Lebih Baik?

Selalunya prestasi masa lalu sesebuah dana tidak menjanjikan prestasi akan datang. Tetapi untuk melabur adakah kita perlu memilih dana yang mempunyai prestasi yang buruk?

Apabila kereta jenama syarikat Baru dikeluarkan dan kereta jenama syarikat yang terkenal dengan prestasi yang bagus dikeluarkan, yang mana pilihan anda? Kita diberi prestasi dan spesifikasinya di atas kertas walaupun belum terbukti bagus. Pasti kita cenderung membeli kereta dari syarikat yang sebelum ini sudah terbukti bagus. Namun begitu, membeli kereta baru belum tentu tidak ada masalah bukan? Begitu juga dengan unit trust.

Kecekapan fund manager sebenarnya mempengaruhi juga prestasi lalu sesebuah dana walaupun ianya tidak menjanjikan prestasi masa hadapan. Kerana apa yang berlaku pada masa hadapan hanya Yang Maha Esa sahaja tahu. Terdapat juga faktor faktor luar jangka dan pasaran semasa yang mempengaruhi prestasi dana.

6. Dengan Siapakah Saya Perlu Melabur?

Sebaiknya pilihlah perunding yang anda kenal dirinya bertanggung jawab. Perunding yang baik akan menjaga pelaburan anda dari hati. Perunding yang sudah lama selalunya menjaga pelaburan anda kerana itu adalah mata pencarian mereka. Perunding yang terlalu baru pula ada kemungkinan tidak bertahan lama dalam industri namun begitu tidak adil untuk tidak memilih mereka kerana semua yang lama bermula dari yang baharu. Kaji karakter mereka dan pengetahuan mereka mengenai industri unit amanah. Pilih mereka yang senang untuk anda berurusan. Saya pasti kita punya ‘sense’ tersendiri dalam menilai seseorang.

– Jeff AJ

Cara Menyimpan Bagi Mereka Yang Tidak Punya Wang Yang Banyak

Seringkali apabila saya berjumpa dengan Client, mereka tiada wang untuk membuat simpanan masa hadapan keluarga. Rata-rata tidak cukup bajet dengan gaji yang ada. Saya faham keadaan ekonomi ketika ini serta kadar inflasi banyak menyumbang kepada keadaan ini. Jadi bagaimana untuk menyimpan wang untuk masa depan anak-anak dan keluarga?

Saya selalu tanya client, berapakah agaknya jumlah yang mereka mampu untuk menyimpan tanpa membebankan mereka. Bagi mereka yang berjawatan tinggi selalunya mereka boleh ketepikan RM1000 atau lebih. Mereka boleh mencipta tabung yang mencukupi untuk anak-anak lebih cepat. Tetapi bagi mereka yang tidak bergaji besar cuma dalam lingkungan RM100 – RM150 sebulan.

Andaikan anda cuma mampu menyimpan RM150 sebulan untuk anak-anak selama 10 tahun.

RM150 x 12 bulan = RM1800 setahun.

Jumlahnya teramat kecil, apatah lagi andai mempunyai anak yang ramai.

RM1800 x 10 tahun = RM18,000 (abaikan % keuntungan simpanan).

Jumlah ini boleh didapati sekiranya kita mempunyai umur yang panjang serta bernasib baik kerana mempunyai kesihatan yang baik. Bagaimana pula sekiranya kita ditimpa musibah? Inilah hakikat sekiranya kita tidak mampu menabung dalam jumlah yang besar.

Bayangkan kita cuma sempat menyimpan selama 2 tahun. Jumlah simpanan cuma RM3600. Itu sahajalah peninggalan kita. Sudah pasti ketika itu hutang piutang masih banyak. Pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, kad kredit dan sebagainya. Berapakah wang yang sebenarnya kita tinggalkan untuk anak-anak? Amat menyedihkan…. Cuba renungkan dengan mata hati.

CIPTA ‘ASET SEGERA’

Kenapa tidak cipta aset dengan segera? Sekiranya matlamat simpanan adalah untuk masa depan anak-anak, ciptakan aset segera dengan menabung dalam pelan simpanan takaful yang asas.

Lupakan kad perubatan buat masa ini kerana jumlah simpanan yang kecil ini untuk masa depan anak-anak anda. Tumpukan hanya kepada simpanan. Sekiranya anda mengambil kad perubatan, nilai aset segera yang anda ingin ciptakan akan berkurangan. Ambil apabila anda mampu kemudian hari.

Dengan jumlah simpanan sebanyak RM150 sebulan dalam pelan simpanan takaful Investment-link, anda mampu mencipta aset segera dalam lingkungan RM500,000 sekiranya berlaku apa-apa musibah terhadap diri anda. Dan aset ini tercipta dengan segera walaupun anda hanya mula menyimpan sebanyak RM150 sebulan! Inilah yang dapat membantu keluarga anda. Letakkan perasaan gusar masa hadapan anda kepada syarikat takaful. Malah sekiranya terdesak, anda boleh mengeluarkan sejumlah simpanan dari tabung ini selepas setahun pada bila bila masa.

Pilih syarikat takaful yang mampu memberikan jumlah perlindungan yang paling besar untuk jumlah simpanan anda itu. Jangan pilih syarikat takaful yang popular. Pilih perlindungan yang paling besar.

<Saya tidak bergaji besar untuk menyimpan dalam Takaful >

1. Orang yang bergaji kecillah perlu menyimpan. Kerana orang yang kaya mampu  ada simpanan yang banyak untuk keluarga mereka.

2. Ketepikan dahulu wang untuk disimpan. Sekiranya anda tidak mula menabung, pasti sampai bila-bila pun anda tidak akan mampu menabung.

3. Sekiranya anda menyimpan dalam tabungan biasa, kemungkinan untuk anda keluarkan wang tersebut adalah tinggi.

4.  Caruman bulanan memaksa anda berdisiplin. Simpan dahulu baru berbelanja.

5. Simpanan tidak bocor – simpanan dalam Takaful tidak bocor kepada orang lain kerana anda boleh hibahkan 100% kepada orang yang anda sayang. Anda tidak perlu mengagihkan wang mengikut sistem faraid kerana ianya telah dihibahkan – walaupun kepada anak angkat sekalipun.

6. Simpanan bebas pemiutang – pemiutang atau bank tidak dibenarkan mengambil wang pampasan kerana ianya hak milik orang yang kita hibahkan.

Jom menyimpan dalam Takaful…!

– Jeff AJ

Invest atau Tidak?

Keadaan ekonomi semasa tidak menentu. Perlukah saya buat pelaburan dalam Unit Trust, Gold atau Property?Kalau ada duit banyak, better invest semua. Diversify kita punya investment. Semuanya bagus.

Pastikan kita invest duit yang kita tak mahu guna dalam tempoh 3 atau 5 tahun ke atas.

Property selalunya akan naik selepas 2-3 tahun. Especially apabila kita beli pada harga yang agak rendah seperti sekarang. Tetapi apabila terdesak, lambat untuk kita cairkan. Kalau kita nak guna sikit sahaja, kita tak boleh jual bahagian dapur sahaja, atau tangga sahaja… Kita kena jual terus.

Gold pun bagus. Apabila harga naik kita akan dapat untung. Naik cairkan atau gadaikan pun senang sekiranya terdesak. Tetapi perlu ingat, simpan gold tak ada dividen. Selagi harga tak naik selagi itu belum untung. Simpanan dslam gold hanya dalam satu komoditi, tidak diversify. Jadi untuk ada diversifikasi, kena invest juga kat tempat lain.

Simpan dalam Unit Trust.. Bagus invest ketika harga rendah. Apabila kita simpan lama, walaupun harga belum naik tapi kita dapat dividen. Unit berkembang setiap tahun. Apabila harga pulih, semua unit percuma dari pemberian dividen akan memberikan keuntungan yang banyak. Pelaburan dalam Unit Trust sudah diversify. Fund Manager akan sentiasa menukar portfolio pelaburan mengikut situasi semasa. Kalau terdesak kita boleh jual sedikit mengikut keperluan kita.

Andai ada wang lebih semua mode pelaburan di atas amat bagus. Tetapi kalau baru mula nak melabur, boleh cuba unit trust kerana simpanan permulaan boleh dibuat serendah RM500 sahaja untuk buka akaun. Pilihlah dana mengikut kesesuaian. Dana boleh dipilih berdasarkan volatility mengikut umur pelabur atau tahap risiko yang diingini.

Untuk tempoh masa sederhana, dalam waktu ekonomi tidak menentu ini boleh lah cuba Balanced Fund atau sukuk.. Tetapi untuk jangka masa panjang boleh labur dalam ekuiti kerana harga semasa yang rendah serta potensi pulangan jangka panjang yang lebih tinggi.

Selamat Menyambut Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah masuk Ramadhan. Kami mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat menjalankan ibadah puasa.

Semoga tahun ini memberi lebih banyak keberkatan.