Cara Menyimpan Bagi Mereka Yang Tidak Punya Wang Yang Banyak

Seringkali apabila saya berjumpa dengan Client, mereka tiada wang untuk membuat simpanan masa hadapan keluarga. Rata-rata tidak cukup bajet dengan gaji yang ada. Saya faham keadaan ekonomi ketika ini serta kadar inflasi banyak menyumbang kepada keadaan ini. Jadi bagaimana untuk menyimpan wang untuk masa depan anak-anak dan keluarga?

Saya selalu tanya client, berapakah agaknya jumlah yang mereka mampu untuk menyimpan tanpa membebankan mereka. Bagi mereka yang berjawatan tinggi selalunya mereka boleh ketepikan RM1000 atau lebih. Mereka boleh mencipta tabung yang mencukupi untuk anak-anak lebih cepat. Tetapi bagi mereka yang tidak bergaji besar cuma dalam lingkungan RM100 – RM150 sebulan.

Andaikan anda cuma mampu menyimpan RM150 sebulan untuk anak-anak selama 10 tahun.

RM150 x 12 bulan = RM1800 setahun.

Jumlahnya teramat kecil, apatah lagi andai mempunyai anak yang ramai.

RM1800 x 10 tahun = RM18,000 (abaikan % keuntungan simpanan).

Jumlah ini boleh didapati sekiranya kita mempunyai umur yang panjang serta bernasib baik kerana mempunyai kesihatan yang baik. Bagaimana pula sekiranya kita ditimpa musibah? Inilah hakikat sekiranya kita tidak mampu menabung dalam jumlah yang besar.

Bayangkan kita cuma sempat menyimpan selama 2 tahun. Jumlah simpanan cuma RM3600. Itu sahajalah peninggalan kita. Sudah pasti ketika itu hutang piutang masih banyak. Pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, kad kredit dan sebagainya. Berapakah wang yang sebenarnya kita tinggalkan untuk anak-anak? Amat menyedihkan…. Cuba renungkan dengan mata hati.

CIPTA ‘ASET SEGERA’

Kenapa tidak cipta aset dengan segera? Sekiranya matlamat simpanan adalah untuk masa depan anak-anak, ciptakan aset segera dengan menabung dalam pelan simpanan takaful yang asas.

Lupakan kad perubatan buat masa ini kerana jumlah simpanan yang kecil ini untuk masa depan anak-anak anda. Tumpukan hanya kepada simpanan. Sekiranya anda mengambil kad perubatan, nilai aset segera yang anda ingin ciptakan akan berkurangan. Ambil apabila anda mampu kemudian hari.

Dengan jumlah simpanan sebanyak RM150 sebulan dalam pelan simpanan takaful Investment-link, anda mampu mencipta aset segera dalam lingkungan RM500,000 sekiranya berlaku apa-apa musibah terhadap diri anda. Dan aset ini tercipta dengan segera walaupun anda hanya mula menyimpan sebanyak RM150 sebulan! Inilah yang dapat membantu keluarga anda. Letakkan perasaan gusar masa hadapan anda kepada syarikat takaful. Malah sekiranya terdesak, anda boleh mengeluarkan sejumlah simpanan dari tabung ini selepas setahun pada bila bila masa.

Pilih syarikat takaful yang mampu memberikan jumlah perlindungan yang paling besar untuk jumlah simpanan anda itu. Jangan pilih syarikat takaful yang popular. Pilih perlindungan yang paling besar.

<Saya tidak bergaji besar untuk menyimpan dalam Takaful >

1. Orang yang bergaji kecillah perlu menyimpan. Kerana orang yang kaya mampu  ada simpanan yang banyak untuk keluarga mereka.

2. Ketepikan dahulu wang untuk disimpan. Sekiranya anda tidak mula menabung, pasti sampai bila-bila pun anda tidak akan mampu menabung.

3. Sekiranya anda menyimpan dalam tabungan biasa, kemungkinan untuk anda keluarkan wang tersebut adalah tinggi.

4.  Caruman bulanan memaksa anda berdisiplin. Simpan dahulu baru berbelanja.

5. Simpanan tidak bocor – simpanan dalam Takaful tidak bocor kepada orang lain kerana anda boleh hibahkan 100% kepada orang yang anda sayang. Anda tidak perlu mengagihkan wang mengikut sistem faraid kerana ianya telah dihibahkan – walaupun kepada anak angkat sekalipun.

6. Simpanan bebas pemiutang – pemiutang atau bank tidak dibenarkan mengambil wang pampasan kerana ianya hak milik orang yang kita hibahkan.

Jom menyimpan dalam Takaful…!

– Jeff AJ

2 thoughts on “Cara Menyimpan Bagi Mereka Yang Tidak Punya Wang Yang Banyak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *