Pelan Simpanan i-Jauhar

Pelan simpanan i-Jauhar semestinya memberikan anda ‘peace of mind’.  Ini kerana ia merupakan pelan simpanan takaful yang paling singkat iaitu bermula dari 5 tahun sahaja dan anda akan menerima bayaran tunai setiap tahun selama 30 tahun!

Pelan ini juga sesuai sekiranya anda mempunyai sejumlah wang yang agak besar dan ingin melangsaikan caruman selama 5 tahun sekaligus, kemudian hanya menunggu bayaran tunai diberikan kepada anda selama 30 tahun bermula dari akhir tahun pertama sijil.

Pelan ini mempunyai 3 pilihan tempoh caruman iaitu 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun.  Apabila anda mencarum, anda akan diberikan sejumlah nilai yang dipanggil Living Assistance Payout atau LAP.  Jumlah ini ditentukan melalui jumlah simpanan tahunan yang anda carumkan. Kemudian, anda akan menerima bayaran tunai setiap tahun berdasarkan peratusan daripada jumlah LAP ini.

Untuk 5 tahun pertama anda akan menerima 20% dari nilai LAP.  5 tahun kedua anda akan menerima 50% dari jumlah nilai LAP.   Untuk 10 tahun seterusnya anda akan menerima 100% dan untuk 10 tahun terakhir anda akan menerima sehingga 300% dari jumlah LAP.  Jumlah bayaran ini adalah terjamin dan amaunnya tetap tanpa mengira situasi pasaran semasa.

Kadar Bayaran LAP Setiap Tahun

Sekiranya berlaku kematian, jumlah caruman yang telah anda carumkan akan dibayar kembali kepada keluarga anda melalui penamaan hibah atau faraid tertakluk kepada pilihan anda sewaktu membuat penamaan.  Anda juga boleh membuat penamaan secara hibah kepada keluarga dan juga bukan waris seperti anak angkat, rumah anak yatim, badan kebajikan dan sebagainya.  Jadi, jumlah wang yang anda carumkan di sini tidak akan dibayar kepada keluarga mengikut peraturan faraid sekiranya anda mengambil opsyen hibah bersyarat ketika membuat penamaan.

Bukan itu sahaja, sekiranya pencarum meninggal disebabkan kemalangan, keluarga akan mendapat dua kali ganda dari jumlah yang telah dicarumkan.

Untuk penerangan ringkas, bagi memudahkan anda memahami konsep simpanan i-Jauhar ini, kami menggunakan jadual di bawah berasaskan ilustrasi dengan mengandaikan pelan untuk individu lelaki berumur 44 tahun, kelas pekerjaan 2 serta tidak merokok. Sila rujuk jadual di bawah untuk penerangan selanjutnya.

Mari kita tengok kadar % LAP dibaris paling bawah dalam jadual ini. Untuk ilustrasi ini, sekiranya anda melabur untuk pelan 5 tahun, nilai LAP anda adalah 10% dari caruman tahunan.  Seandainya caruman anda RM10,000 setahun, maka nilai LAP anda adalah RM1,000

Peratusan bayaran tahunan kepada anda akan dibayar berasaskan nilai RM1,000 ini.  Contohnya, untuk 5 tahun pertama anda akan dibayar 20% dari RM1,000 iaitu RM200.  Bagi tempoh 5 tahun seterusnya anda akan dibayar sebanyak RM500 (50%) setahun. 10 tahun berikutnya RM1,000 (100%) setahun dan 10 tahun terakhir sebanyak RM3,000 (300%) setahun.

Jumlah caruman anda untuk tempoh 5 tahun adalah RM50,000.  Pada tahun ke 30, apabila sijil ini matang anda akan menerima 77% dari jumlah modal anda iaitu RM38,500.  Jumlah ini tidak termasuk jumlah bayaran yang diberikan kepada anda selama 30 tahun tadi. Menarik bukan?  

Sekiranya anda tidak mahu menerima bayaran secara tahunan, anda boleh membuat pilihan untuk mengumpulkan jumlah tersebut untuk dibayar ketika tempoh matang.  Ini akan membuatkan jumlah simpanan dan keuntungan yang anda akan terima adalah lebih banyak kerana simpanan anda akan melalui proses faedah berganda (compounding interest) selama 30 tahun! Pilihan untuk bayaran atau terkumpul ini terpulang kepada objektif simpanan anda. Walaupun anda pilih opsyen terkumpul, anda tetap boleh mengeluarkan sejumlah simpanan anda sekiranya memerlukan.

Harus diingat, sekiranya usia anda lebih muda, kadar % LAP di bawah adalah lebih tinggi, jadi bayaran tahunan anda dan nilai matang akan menjadi lebih banyak.  Namun sekiranya usia anda lebih dari contoh yang diberikan di atas ini, jumlahnya menjadi lebih sedikit.  

Hubungi perunding kami untuk memberikan jumlah yang tepat berdasarkan usia, pekerjaan dan status merokok anda.

Selamat menabung!

 

Pelan Simpanan & Hibah i-Care Rahmat

Apabila bercakap tentang takaful keluarga, hibah, kad perubatan, perlindungan hospital, penyakit kritikal dan sebagainya, pasti ada satu pelan komprehensif yang disediakan oleh mana-mana pengendali takaful mahupun syarikat insurans.

i-Care Rahmat merupakan satu pelan simpanan takaful keluarga dengan berkait pelaburan. Pelan yang hebat ini bermula dengan RM60 sahaja sebulan untuk hibah minima RM10,000 yang memberikan anda  perlindungan sehingga umur 80 tahun atau 100 tahun mengikut pilihan anda.

Pelan i-Care Rahmat ini memberikan perlindungan untuk kematian, hilang upaya disebabkan penyakit atau kemalangan sehingga berumur 65 tahun.  Bermula dari umur 65 tahun sehingga umur 100 tahun, i-Care Rahmat memberikan perlindungan untuk kehilangan upaya disebabkan oleh sakit tua (Old Age Disablement).  Satu-satunya pelan takaful yang memberikan perlindungan seumpamanya.

Sekiranya berlaku kematian, keluarga akan dibayar perlindungan pampasan dan juga jumlah simpanan terkumpul.  Anda boleh memilih untuk menghibahkan jumlah ini atau untuk dibayar mengikut perkiraan faraid. Sekiranya anda memilih untuk memberikan hibah, anda boleh menghadiahkan bayaran ini kepada ahli keluarga yang anda sukai mahupun kepada bukan waris seperti anak angkat, anak tidak waras, ahli keluarga bukan islam bagi muallaf dan ianya tidak boleh ditentang di mana-mana mahkamah. 

Bayaran hibah ini juga adalah bebas dari pemiutang.  Maksudnya, sekiranya anda mempunyai hutang dengan mana-mana institusi, mereka tidak berhak untuk mengambil jumlah wang yang anda hibahkan ini untuk melangsaikan hutang anda.  Ianya hak mutlak untuk orang yang anda hibahkan tersebut.

Pelan ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja bermula dari umur 18 tahun sehingga umur 70 tahun.  Pelan ini juga boleh diambil untuk pasangan atau anak dalam tanggungan berumur dari 30 hari sehingga 17 tahun.

Untuk memberikan perlindungan tambahan secara opsyenal, anda boleh memilih untuk menambahkan perlindungan tambahan atau rider seperti di bawah:

1.Living Care

Memberikan perlindungan sekiranya pembayar disahkan hilang upaya kekal, meninggal atau di diagnosis mana mana 36 penyakit kritikal. Sekiranya ini berlaku maka orang yang dilindungi tidak perlu lagi membuat caruman ke atas pelan i-Care Rahmat ini.

2. Perlindungan Pembayar

Memberikan perlindungan sekiranya pembayar disahkan hilang upaya kekal atau meninggal dunia. Sekiranya ini berlaku maka orang yang dilindungi tidak perlu lagi membuat caruman ke atas pelan i-Care Rahmat.

3. Top Up Care 

Memberikan perlindungan  untuk caruman pelaburan tambahan kepada orang yang dilindungi sekiranya pembayar meninggal dunia atau hilang upaya kekal.  Jumlah simpanan tambahan ini akan diteruskan oleh pihak syarikat.

4. Penepisan Bayaran akibat Penyakit Kritikal. 

Memberikan perlindungan kepada pemegang sijil sekiranya beliau didiagnosis 36 jenis penyakit kritikal, jadi pelan i-Care Rahmat miliknya tidak perlu lagi dicarum.

5. Perlindungan Penyakit Kritikal

Memberikan sejumlah pampasan dalam bentuk tunai sekiranya orang yang dilindungi menghidap mana-mana 36 penyakit kritikal.

6. Elaun Kemasukan Hospital 

Rider ini memberikan bayaran tunai kepada orang yang dilindungi sekiranya beliau dimasukkan ke dalam wad.  Minimum  bayaran adalah RM50 – RM500 sehari.

7. Medi Auni 

Kad perubatan lengkap untuk kemasukan hospital.  Klik di sini untuk bacaan lanjut.

8. Kecacatan & Kematian Akibat Kemalangan

Ini merupakan perlindungan tambahan dalam bentuk tunai yang dibayar sebagai tambahan kepada perlindungan asas yang sedia ada sekiranya orang yang dilindungi meninggal akibat kemalangan.

9. Tuntutan Perubatan Akibat Kemalangan

Rider ini memberikan bayaran tunai untuk membayar balik kos rawatan hospital akibat dari kemalangan. Sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kad perubatan.

10. Bayaran Tunai Mingguan

Rider ini merupakan perlindungan yang memberikan bayaran tunai secara mingguan sekiranya orang yang dilindungi hilang upaya sementara disebabkan kemalangan.

Di bawah ini merupakan jadual anggaran caruman secara bulanan mengikut umur sekiranya anda ingin mencarum  untuk hibah dan kad perubatan.

 
Sekiranya anda berminat untuk mengambil hibah dan simpanan sahaja tanpa memerlukan kad perubatan, di sini pula saya sertakan jadual untuk hibah sebanyak RM100,000 dan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil.

Semua pelan di atas mestilah dirujuk kepada risalah produk dan juga ilustrasi faedah pelan ini.  Sekiranya anda berminat dan ingin mendapatkan quotation atau sebut harga tersebut, boleh lah menghubungi Perunding Kami.

Muat turun risalah i-Care Rahmat di sini

 

 

Pelan Istimewa Musim Covid-19

i-Care Rahmat

i-Care Rahmat merupakan pelan perlindungan berkait pelaburan asas yang sesuai untuk semua peringkat usia dan semua lapisan masyarakat.  

Pelan ini bermula serendah RM60 sehari untuk perlindungan dan hibah akibat kematian, hilang upaya kekal dan hilang upaya akibat tua. Ianya boleh ditambahkan dengan kad perubatan Medi Auni yang melindungi anda sehingga RM1.12 juta setahun dan tiada had sepanjang hayat sehingga anda berumur 80 tahun atau 100 tahun mengikut tarikh matang pilihan anda.  

Anda juga boleh memasukkan nama ahli keluarga anda untuk dilindungi sehingga 3 generasi iaitu ibu bapa, pasangan dan anak-anak yang berumur 17 tahun kebawah.

Sempena musim Covid-19 ini, HLM Takaful menyediakan dana sehingga RM1 juta untuk melindungi pelanggan yang terkena jangkitan Covid-19 ini.  

Mereka yang dimasukkan ke hospital-hospital kerajaan akibat Covid-19 akan mendapat elaun hospital tambahan sebanyak RM200 sehari  diatas elaun yang sedia ada bermula RM150-RM250 sehari untuk kemasukan ke hospital kerajaan.

Sekiranya berlaku kematian akibat Covid-19 ini, waris akan diberikan hibah tambahan sebanyak RM10,000.

Sepanjang musim PKP ini, anda tidak perlu berjumpa dengan perunding kami untuk mendaftar dengan HLM Takaful.  Anda hanya perlu menghantar gambar selfie anda bersama dokumen pengenalan diri seperti NRIC atau Surat Beranak.

Medi auni

Kad perubatan yang melindungi sehingga 3 generasi dalam satu pelan.

elaun hospital

Elaun kemasukan hospital sehingga maksima RM450 sehari mengikut pelan anda.

perlindungan tambahan

Perlindungan tambahan akibat kematian disebabkan oleh Covid-19 sebanyak RM10,000.

tidak perlu berjumpa

Hanya selfie dengan pengenalan diri anda untuk mendaftar.

Cara Mendaftar Semasa PKP

Kad Perubatan Medi Auni

Medi Auni merupakan satu pelan Kad Perubatan yang ditawarkan oleh HLM Takaful.  Medi Auni ini merupakan pelan rider yang perlu diambil bersama pelan induknya iaitu i-Care Rahmat yang merupakan pelan perlindungan takaful keluarga berkait pelaburan yang memberikan perlindungan sehingga umur 100 tahun.  Kad Perubatan Medi Auni ini akan mengikut tarikh matang pelan i-Care Rahmat yang dipilih.

Apa istimewanya Medi Auni ini ya? Ada beberapa faedah terbaik yang ada pada Medi Auni ini. Jom kita tengok.

    1. Perlindungan Sehingga Usia 100 Tahun

    Anda boleh memilih tempoh matang untuk i-Care Rahmat dan Medi Auni ini samada sehingga umur 80 tahun atau 100 tahun.

    1. Tiada Had Sepanjang Hayat

    Had Medi Auni akan diperbaharui setiap tahun.  Contohnya, Sekiranya anda mengambil pelan Medi-Auni bersama Million Extra, had tahunan anda adalah RM1.12 juta. Walau sebanyak mana anda membuat tuntutan, setiap tahun had tersebut kekal dan diperbaharui sehingga umur anda genap 100 tahun. Menarik bukan?

    1. Perlindungan Rawatan Alternatif

    Medi Auni memberikan perlindungan untuk rawatan alternative selepas keluar dari hospital. Rawatan tersebut adalah seperti chiropractic, chiropody, homeopathy, osteopathy, acupuncture dan rawatan tradisional lain yang berdaftar dengan T&CM.

    1. Perlindungan Tambahan Untuk 3 Generasi

    Sekiranya anda mengambil i-Care Rahmat, anda boleh menambah Medi-Auni ini untuk 3 generasi iaitu ibubapa anda, pasangan dan anak-anak anda. Ini lebih menjimatkan kerana kos takaful dapat dikurangkan berdasarkan satu sijil sahaja berbanding sekiranya ia diambil berasingan.

    1. Pertukaran Lensa Mata

    Medi Auni juga melindungi perubatan untuk mata anda sekiranya mata anda perlu menjalani pemindahan lensa intraocular sehingga RM6000. Pasti anda akan rasa tenang.

    1. Langsaikan Bil Hospital Tanpa Bayaran

    Dengan had perubatan tahunan yang tinggi, sudah tentu anda tidak perlu membayar bil hospital sekiranya anda dimasukkan ke dalam wad.

    1. Termasuk Kos Penjaga

    Sekiranya penjaga anda di hospital memohon untuk mendapatkan katil tambahan, itu juga akan dibayar oleh pihak HLM Takaful melalui Medi Auni.  Bukan sahaja anda yang dilindungi, penjaga anda juga senang hati.

    1. Perubatan Luar Negara

    Hampir semua kad perubatan menawarkan perlindungan sekiranya anda jatuh sakit dan cedera di luar negara.  Tetapi Medi Auni memberikan anda peluang untuk mendapatkan rawatan di luar negara walaupun anda di diagnosis di Malaysia.  Dengan perlindungan rawatan luar negara anda boleh membuat rawatan di 3 negara iaitu Hong Kong, China dan Singapura.

    1. Elaun Kemasukan Hospital

    Medi Auni juga melindungi anda dan anda akan mendapat faedah elaun kemasukan hospital sehingga RM500 sekiranya anda dimasukkan ke dalam wad akibat kemalangan di mana-mana lebuhraya di Malaysia dan sehingga RM500 sekiranya anda dimasukkan ke mana-mana hospital Kerajaan di Malaysia.

    1. Rawatan Pesakit Luar

    Untuk rawatan pesakit luar akibat kanser dan rawatan dialisis, tiada had dikenakan untuk anda menerima rawatan.  Medi Auni akan membayar balik kos rawatan itu seperti yang di caj kan.

Segala penerangan di atas merupakan ringkasan dari faedah Medi Auni untuk memudahkan anda memahami secara ringkas.  Semua jumlah yang disebut mungkin berbeza mengikut pelan yang anda pilih.  Anda dikehendaki membaca risalah fakta produk untuk penerangan lanjut.  Sila hubungi perunding kami untuk maklumat lanjut.

Di bawah ini saya sertakan jadual harga pelan perlindungan i-Care Rahmat dengan kad perubatan Medi Auni untuk memudahkan anda semua.  Ini merupakan perlindungan Medi Auni sebanyak RM1.12 juta setahun dengan pelan RM200 berserta dengan jumlah simpanan pada tahun ke 30 sijil untuk rujukan.  Untuk jumlah yang tepat anda mestilah memberikan maklumat kepada perunding kami untuk penyediaan ilustrasi lengkap.

Klik di sini untuk risalah lengkap:

Medi Auni Brochure (BM)

Medi Auni Brochure (ENG)

Hubungi Perunding kami untuk maklumat lengkap.  Klik di sini.

 

 

Takaful Itu Sedekah Jariah

Sedekah Itu Mulia dan Menyuburkan Harta
Pernahkah kita terfikir bagaimana rasanya membantu orang yang betul betul berada di dalam kesusahan dan sangat memerlukan?
Bagaimana untuk bersedekah setiap hari dan mencari orang yang sewajarnya kita sedekahkan?
Ianya tidak mudah dan memerlukan usaha yang berterusan.
Satu perkara yang anda tidak pernah terfikir adalah caruman anda di dalam takaful akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru. Akaun tabarru itu adalah kumpulan sedekah dari semua pencarum takaful.
Setiap hari akan ada orang susah, orang sakit, kematian dan sebagainya yang membuat tuntutan dari syarikat takaful. Inilah sedekah kita setiap hari yang berlangsung secara kita tidak sedar.
Mencarum di dalam takaful bukan sahaja untuk masa hadapan kita dan orang tersayang, tetapi juga membantu sesama masyarakat. Alangkah mulianya perbuatan kita. Jadi, jangan pandang mudah pada takaful dan jangan rasa terbeban dengan meringankan bebanan orang lain.
Jom mencarum.
#HLMT #HongLeongMSIGTakaful #HLMTakaful
#MTG #MillionaireThriversGroup #Medical
#JeffAJGroup #IncomeReplacement #Insurans
#Takaful #EliteFinancialGroup

RHBAM Goal Setting & Business Planning

Buku Insentif Agensi bagi tahun 2020

Hari ini perunding-perunding RHBAM MTG telah menghadiri sesi goal setting yang telahpun dikendalikan oleh Agency Development Manager iaitu Ms Siew Lan dan Regional Agency Development Director, Ms Adelyn Tan.

Dari Kiri, Ms Siew Lan dan Ms Adelyn Tan sedang mengajar team MTG

 

Perunding MTG sedang khusyuk

Hari ini kami diajar cara cara untuk mendapatkan target untuk ke Premier Sales Convention di New York, USA dan juga Regional Sales Convention ke Perth, Australia.  Dari pengiraan target ini, para perunding dikehendaki untuk mengisi borang Business Plan dengan pecahan target untuk Unit Amanah secara keseluruhan bagi tahun 2020, target bulanan, target untuk pelaburan tunai dan juga target untuk pelaburan melalui KWSP.

Target review bersama Group Agency Manager, Jeff AJ

 

Review and Discussion

 

Agency Supervisor, Soleh Ahmad menerangkan tentang target beliau kepada GAM Jeff AJ

 

Salah seorang perunding kami, Hamirul dan GAM Jeff AJ

Para perunding juga telahpun diajar cara cara untuk berjumpa dengan pelanggan dan cara untuk present secara spontan dimana mereka telahpun diarahkan untuk berlakon untuk sessi role play bagi memastikan mereka faham dan mampu untuk menjalankan kerja mereka dengan lancar.

Alhamdulillah, semua sangat-sangat bersemangat, excited dan determined untuk melancong secara percuma dan menjana pendapatan yang diimpikan.  Di MTG kami menekankan pendapatan lumayan dan juga masa pekerjaan yang fleksibel tanpa perlu menggunakan apa-apa modal!

Perunding kami, Hamirul dan Farizza dalam Role Play sales presentation

Sessi latihan sentiasa disediakan di MTG dan juga di pusat-pusat latihan RHB Asset Management di Seri Petaling, Shah Alam, Melaka, Johor Bahru dan seluruh Malaysia.  Jadi, kita tidak perlu risau untuk bekerja di mana-mana negeri di dalam Malaysia.  Malah, di RHB Asset Management, perunding juga di benarkan untuk mendapatkan pelabur di Indonesia.  Jom join team kami untuk masa depan yang hebat dan gaya hidup yang menarik!

Apa itu Harta Batil?

 

Harta batil itu adalah memakan atau mengambil hak orang lain.  Berikut adalah beberapa senario untuk memudahkan pemahaman kita berkenaan dengan harta batil.

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak. Anak yang sulung adalah lelaki. Rumah pusaka masih atas nama si mati dan rumah disewakan atas persetujuan semua. Setiap tahun buat kenduri adik beradik dengan duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun tiada lagi kenduri adik beradik dan duit pun tidak diagih pada waris. Si abang hanya diam membisu. Inilah dinamakan memakan harta batil.

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya…1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim….memakan harta batil…

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka…hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya…bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya….Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain….

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya…semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim….

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan.  Duit insuran atas nama bapa si mati.  Selepas kematian…pihak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya…dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid.

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain.

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak….seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula…apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Kredit: Zie – Perancang Harta Pusaka

Apakah Wabak Coronavirus Dilindungi oleh Insurans dan Takaful di Malaysia?

Sejak akhir-akhir ini wabak Coronavirus ini semakin menjadi-jadi.  Ianya bermula di Wuhan, China dan semakin lama semakin menular ke negara-negara lain.  Pagi tadi dalam berita mengesahkan jumlah mangsa kematian dan yang dijangkiti oleh Coronavirus ini sudah melepasi angka wabak SARS yang melanda dunia pada tahun 2003 dahulu.Keadaan ini menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat Malaysia kerana setakat hari ini iaitu 31 Jan 2020, sudahpun terdapat 8 orang yang dijangkiti wabak ini dikesan namun mereka semua adalah berasal dari negara China.  Disebabkan ini merupakan wabak yang baru, kita semua tertanya-tanya adakah wabak ini dapat dilindungi menggunakan kad perubatan takaful dan insurans sekiranya kita dimasukkan ke dalam hospital akibat dari jangkitan Coronavirus?

Alhamdulillah, pihak HLM Takaful dan HLA telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa pemegang sijil dan polisi dakan dilindungi oleh pihak syarikat sekiranya mereka dimasukkan ke dalam wad di hospital swasta untuk menerima rawatan akibat virus berbahaya ini.

Pada hari ini pula sebuah kenyataan telahpun dikeluarkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) mengenai perlindungan insurans dan takaful terhadap pemegang sijil dan polisi yang dijangkiti oleh virus ini dan memerlukan rawatan di hospital, meskipun terdapat pengecualian tentang penyakit yang memerlukan kuarantin mengikut undang-undang Malaysia.  Ini sudah tentunya memberikan kelegaan buat semua dan tahniah diucapkan kepada semua yang bertindak bijak untuk melindungi diri mereka dengan mengambil kad perubatan atau medical card dari syarikat insurans dan takaful.

Kad perubatan adalah sangat penting untuk kita semua.  Syukur alhamdulillah kerana di HLM Takaful dan HLA, kad perubatan masih lagi murah dan mampu dimiliki.  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kad perubatan ini, sila klik di sini Kad Perubatan Mudah untuk bacaan lanjut.
Lindungi diri kita sebelum terlambat.  Jangan bebani keluarga kita dengan kesusahan.  Jadilah insan yang bertimbang rasa dan bijak.
Whatsapp: www.wasap.my/60123023433 untuk kad perubatan HLM Takaful dan HLA.
Bacaan lanjut: The StarBernamaThe Edge

 

Birthday Celebration

Alhamdulillah pada 23 Januari 2020 baru-baru ini kami berpeluang untuk bersama-sama menyambut hari lahir untuk salah seorang leader di MTG Agency iaitu Soleh Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Ady Budika dan juga personal assistant saya iaitu Nazim.
Turut bersama memeriahkan majlis adalah Rizz Farizza, Ima Fatimahtun Zahrah dan Amira Afiqa. Sebelum itu kami mengadakan Mini BOP atau Business Opportunity Presentation di agensi kami di Sepang.  Selepas itu, kami semua mengambil kesempatan ini untuk ke Secret Recipe di Salak Tinggi yang terletak berdekatan dengan agensi MTG.
Saya mengucapkan selamat maju jaya dan semoga Allah melimpahkan rezeki yang melimpah ruah untuk mereka semua. Saya doakan kesemua ahli-ahli agensi MTG dibawah bimbingan saya dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan yang tidak putus-putus buat mereka dan keluarga.
Amiin.

 

 

NYKO RHB Asset Management 2020

Pada 15 Januari 2020 baru-baru ini telahpun berlangsung acara NYKO iaitu New Year Kick Off untuk RHB Asset Management.  Ini merupakan acara tahunan setiap syarikat pengurusan unit amanah mahupun syarikat insurans dan takaful.  Tujuan acara NYKO ini adalah untuk memberitahu para perunding syarikat mengenai contest yang disediakan untuk tahun 2020, negara-negara yang bakal dilawati oleh perunding

Acara NYKO RHB Asset Management kali ini telahpun berlangsung dengan meriahnya di Nexus Bangsar South dengan bertemakan Denim & Diamond. Acara ini bermula pada jam 2 petang.  Para perunding unit amanah RHB Asset Management mengambil peluang bergambar di photo booth yang disediakan.


Tepat jam 3 petang dewan ballroom telahpun dibuka dan para perunding mengambil tempat masing-masing.  Program ini dimulakan dengan persembahan opening gambit dan ucapan-ucapan dari Group Managing Director, Ms Eliza Ong dan juga dari Chief Agency Officer iaitu Mr. Chan Kok Hin.  Selepas itu anugerah telahpun diberikan kepada mereka yang berjaya untuk tahun 2019 iaitu bagi kategori jualan tertinggi kumpulan, jualan tertinggi peribadi, top recruiter dan lain lain lagi.

Setelah selesai sessi penganugerahan bagi mereka yang mencapai kecemerlangan di dalam RHB Asset Management, majlis diteruskan dengan pengumuman untuk contest terbaru tahun 2020.  Kali ini RHB Asset Management telahpun mengejutkan semua dengan mengumumkan destinasi untuk Regional Sales Convention iaitu di Perth, Australia dan juga destinasi Premier Sales Convention di New York, USA!
Semua perunding sangat-sangat bersemangat dan begitu senang hati dengan pengumuman yang dibuat itu terutamanya perunding dari Millionaire Thrivers Group di bawah bimbingan GAM Jeff AJ dan juga kumpulan-kumpulan dibawah naungan beliau yang lain termasuk kumpulan Maqbul Financial Group yang diketuai oleh Dato Hamzaki.  Semoga tahun 2020 ini menjanjikan kejayaan yang cemerlang buat kumpulan kami.