Grand Business Opportunity Presentation (GBOP) RHBAM

Grand Business Opportunity Presentation (GBOP) merupakan satu acara di mana satu perkongsian mengenai peluang pekerjaan diadakan oleh syarikat untuk memberi pendedahan kepada orang ramai yang berminat atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang-peluang yang mereka boleh kecapi sekiranya menjadi seorang perunding kewangan.

Keluarga Millionaire Thrivers yang ‘Awesome’

Kali ini GBOP telah diadakan oleh RHB Asset Management untuk wilayah Lembah Klang. GBOP yang berlangsung di Sunway Putra Hotel semalam (23 Ogos 2017) itu telah dihadiri juga oleh bakal-bakal perunding kewangan RHBAM untuk memahami dengan lebih lanjut akan kerjaya perundingan kewangan dan ingin turut sama berjaya seperti yang lain. Dewan yang penuh dengan kehadiran menunjukkan betapa bersemangatnya mereka untuk mengecapi kejayaan lebih-lebih lagi setelah melihat bukti-bukti kejayaan daripada beberapa orang perunding kewangan yang telah bergiat lama dalam bidang ini.

Dewan yang padat dengan kehadiran perunding kewangan RHBAM

Pada malam itu juga, Puan Iszairiz Ismail yang merupakan salah seorang warga Millionaire Thrivers telah berjaya merangkul anugerah ‘Winners of i-Challenge’ kerana pencapaian cemerlang beliau sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini. Sebagai penghargaan, beliau telah dihadiahkan sebuah iPad pemberian dari RHB Asset Management. Tahniah diucapkan.

Iszairiz merangkul anugerah ‘Winners of i-Challenge’

Semoga dengan anugerah ini dapat memberi perangsang kepada yang lain untuk lebih maju jaya dalam bidang ini.

Sekiranya anda sudah terlepas peluang tersebut dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peluang-peluang yang ditawarkan oleh RHB Asset Management, anda bolehlah menghubungi Jeff AJ di 012-3023433 atau kakitangan beliau iaitu Ema & Zira di 012-3013433 / 03-87053240.

RHB Asset Management Achievers Award 2016

“A Night of Glitz and Glitter” menjadi tema pilihan untuk malam yang berprestij bagi RHB Asset Management (RHBAM) iaitu RHBAM Achievers Award 2016 pada 19 April 2017 yang berlangsung baru-baru ini. Semua yang hadir tampak begitu hebat dan memukau dalam pakaian yang berkemilauan sesuai dengan tema ‘Glitz and Glitter’ pada malam itu.

Warga Millionaire Thrivers elegan dan tampan berpakaian ‘Glitz and Glitter’

Majlis RHB Achievers Award 2016 yang bertempat di One World Hotel, Damansara ini diceriakan dengan pelbagai persembahan yang berjaya memukau pandangan semua yang hadir. Hidangan makanan lazat yang berkonsepkan ‘Chinese Cuisine’ dalam suasana yang meriah dengan lampu berwarna-warni pasti membuatkan sesiapa yang berada di sana seperti tidak mahu pulang.

Warga Millionaire Thrivers kelihatan hebat bergambar bersama
Barisan Kumpulan Millionaire Thrivers cawangan Kota Bharu turut hadir memeriahkan malam berprestij

Malam tersebut merupakan malam yang cukup bermakna kerana ia adalah malam penyampaian anugerah kepada perunding kewangan berprestasi tinggi yang bernaung di bawah RHB Asset Management. Jeff AJ, Pengerusi Agensi Kumpulan Millionaire Thrivers merupakan salah seorang yang berjaya ke pentas bagi merangkul anugerah “Premier Sales Convention 2016″ yang bakal membawa semua yang layak untuk bercuti ke Croatia selama 8hari 6 malam iatu pada 9 Mei sehingga 17 Mei 2017 nanti.

Jeff AJ tersenyum gembira menerima anugerah. Tahniah!!!

Majlis berprestij ini pastinya memberi peransang kepada semua yang terlibat dalam bidang ini untuk mencapai suatu pencapaian yang membanggakan dalam industri kewangan pada masa hadapan.

Selamat Maju jaya!

 

Takaful Starnite by MTA

Baru-baru ini, pada 27 Mac 2017 telah berlangsungnya Takaful Starnite yang telah dianjurkan oleh Malaysian Takaful Association (MTA). MTA merupakan badan yang menaungi semua syarikat-syarikat takaful di Malaysia. Manakala Takaful Starnite pula adalah satu majlis anugerah yang memberi penganugerahan kepada perunding-perunding takaful terbaik diantara semua syarikat- syarikat takaful yang ada di Malaysia.

Pengerusi agensi kumpulan Millionaire Thrivers, Jeff AJ telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi malam gala Takaful Starnite anjuran Malaysia Takaful Association (MTA) bagi pihak HLM Takaful, bersama-sama MTC Nurulniza Idris dan STC Ariff Hamdan.

Majlis yang berprestij ini sememangnya sangat memberi perangsang untuk semua orang yang terlibat dalam industri takaful dan menjadi kayu ukur untuk memberikan pencapaian yang terbaik di dalam negara kita.

Semoga semua terus maju bersama-sama di dalam industri ini.

Selamat Maju Jaya

 

Dari kiri STC Ariff Hamdan, GAM Jeff AJ dan GAM Nurulniza bergaya di malam gala takaful starnite

 

HLMT Dinner

Pada 9 Mac 2017, pihak HLM Takaful telah mengadakan makan malam gala sempena ” HLM Takaful Agency Award Presentation” yang telah berlangsung di Four Point Hotel by Sheraton, Puchong.

Pengerusi agensi kumpulan Millionaire Thrivers Jeff AJ telah menerima anugerah sebagai Chief Takaful Consultant (CTC) terbaik yang telah membawa kumpulan Millionaire Thrivers sebagai sebuah agensi No.1 di Malaysia di bawah HLM Takaful. Manakala Supervisor Takaful Consultant (STC) Ariff Hamdan pula adalah merupakan salah seorang dari penerima anugerah Perunding Takaful Terbaik.

Kami warga Millionaire Thrivers mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah.

Diucapkan semoga terus maju dan menjadi aspirasi kepada warga Millionaire Thrivers yang lain untuk terus maju dan berjaya di dalam bidang penasihat kewangan.

Selamat Maju Jaya

Tahniah STC Ariff Hamdan, It’s Awesome

 

Tahniah Jeff AJ atas anugerah Top Chief Takaful Consultant

 

Warga Millionaire Thrivers bergaya di malam gala HLMT

 

Warga Millionaire Thrivers bergambar kenangan bersama Ms. Loh Guat Lan yang merupakan seorang HLMT/HLA Group Managing Director

GSIS Seminar & Program Step Up

Pada 4 – 6 Febuari yang lalu, pihak Millionaire Thrivers telah mengadakan satu seminar dan bengkel iaitu Goal Setting Inspirational Seminar (GSIS) dan Step Up Program. Program ini merupakan sebuah kerjasama antara dua pihak iaitu Millionaire Thrivers Group dibawah kelolaan En Jeff AJ dan pihak Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) selama 3 hari 2 malam bertempat di RHR Hotel UNITEN di Bangi. Seramai 33 orang peserta telah terlibat dalam program ini.

Alhamdulillah, seminar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama yang baik dari semua pihak dan peserta.

Pada hari pertama, seminar dimulakan dengan pembukaan yang penuh bersemangat oleh MTC Nurulniza Idris. Majlis kemudiannya diteruskan oleh Presiden Kumpulan Millionaire Thrivers iaitu En Jeff AJ selaku penceramah untuk program GSIS ini.

Presiden Kumpulan Millionaire Thrivers En Jeff AJ membuat aktiviti bersama para peserta

Seminar ini memberikan pendedahan kepada para peserta tentang betapa pentingnya meletakkan sesebuah matlamat atau ‘goal setting’ di dalam kehidupan dan kerjaya seseorang. Matlamat yang dimaksudkan adalah perkara yang ingin dicapai mengikut rangka masa yang telah ditetapkan secara sistematik dan terperinci.

Para peserta menulis matlamat atau 'goals setting' di kawasan yang memberi ketenangan

Para peserta menulis matlamat atau ‘goal setting’ di kawasan yang memberi ketenangan

Peserta didedahkan dengan cara bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut iaitu dengan meletakkan minda untuk sentiasa berfikiran positif dan yakin tentang apa yang diingini, yang akan menjadi milik individu tersebut sekiranya mereka mempunyai keinginan yang luar biasa, percaya, berusaha dan tidak pernah putus asa.

Pada sebelah malamnya peserta dihidangkan dengan makan malam gaya ‘shellout’ di Restoran D’Tasik yang terletak bersebelahan dengan Hotel RHR@UNITEN.

Para peserta makan malam gaya ‘shellout’ di Restoran D’Tasik

Seminar diteruskan lagi pada hari kedua yang menyaksikan kemuncak program GSIS ini sehingga ramai para peserta yang mengalirkan air mata.

Pada sebelah petang pula, pihak pengurusan HLMT yang terdiri daripada Encik Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, Encik Amri iaitu Head of Agency Development, Encik Sidek, Puan Nuruelmi dan Puan Yong Athirah telah mengadakan bengkel kepada para peserta yang dinamakan Step Up Program. Program ini dimulakan dengan menerapkan kefahaman mengenai pentingnya pengurusan kewangan yang teratur di dalam bentuk lakaran.

Pihak pengurusan HLMT untuk Step Up program, dari kiri Encik Sidek, Puan Nuruelmi, Encik Syed Redzo, Puan Yong Athirah dan Encik Amri
Encik Syed Redzo, Head of Agency HLMT menyampaikan kata ucapan kepada para peserta

Pada sebelah malamnya pula para peserta dikehendaki membuat simulasi mengenai cara membuat pembentangan menggunakan lakaran yang telah diajar pada sessi sebelumnya kepada lima orang fasilitator yang terlibat.

Aktiviti kumpulan yang dilakukan oleh para peserta untuk ‘Step Up’ Program
Antara peserta yang membuat aktiviti simulasi kepada lima orang fasilitator

Keesokan harinya, bengkel ini diteruskan lagi untuk hari yang ketiga yang dikelolai oleh Puan Nuruelmi, iaitu salah seorang jurulatih dari HLMT untuk slot “Handling Objection and Presentation tools”.

Seminar ini telah memberi satu impak yang baik kepada para peserta dari segi mental dan fizikal untuk sentiasa positif. Disamping itu, bengkel ini juga telah mewujudkan satu kerjasama yang tinggi di kalangan peserta.

Bergambar kenangan  para peserta bersama En Jeff AJ dan pihak pengurusan HLMT

Pihak Millionaire Thrivers mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HLMT dan para peserta atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Diucapkan semoga semua peserta berjaya dan terus berkembang untuk menjadi MDRT, COT, TOT dalam bidang insurans dan takaful bersama HLMT serta dalam bidang unit amanah dan penulisan wasiat yang juga menjadi tunggak kepada aktiviti kumpulan Millionaire Thrivers.

Selamat Maju Jaya!!

IPC Seminar

Sekali lagi pihak Millionaire Thrivers telah mengadakan seminar Intensive Personal Coaching (IPC) pada 20,21 dan 22 Januari yang lalu bertempat di pejabat utama Millionaire Thrivers di Sepang. Seminar ini dikelolai sepenuhnya oleh En Jeff AJ selaku Presiden Kumpulan Millionaire Thrivers dan seramai 12 orang yang terlibat.

Seminar ini sesuai untuk perunding – perunding yang baru berkhidmat dalam bidang kewangan. IPC ini lebih menekankan tentang pembawakan diri, bagaimana untuk seseorang itu memperbetulkan diri mereka sebelum dapat memulakan pekerjaan dengan lebih efektif dan dalam masa yang sama dapat menjadi seorang perunding kewangan yang hebat, berpengetahuan dan berjaya.

Peserta fokus mendengar penerangan daripada En Jeff AJ

Pelbagai aktiviti yang diperkenalkan oleh para peserta, antaranya aktiviti berkumpulan dimana setiap kumpulan dikehendaki mencapai target berjumlah RM500 000 untuk lulus di dalam seminar ini.

Gelagat para peserta seronok melakukan aktiviti berkumpulan

Seminar ini banyak menekankan pembentukan kelakuan harian individu. Untuk berjaya, seseorang itu perlu mengubah kelakuan biasa (pattern) kepada kelakuan yang luar biasa (XO pattern) dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kata-kata positif yang digunakan oleh seseorang itu juga boleh mempengaruhi sikap dan kelakuan mereka. Individu juga perlu mempunyai tahap daya tahan mental yang tinggi (mental warrior) dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Peserta melakukan aktiviti ‘Heart to Heart’

Di samping itu, para peserta juga didedahkan pembelajaran secara  teknikal tentang unit trust, insurans, dividen, bonus dan plan-plan takaful.

Semua peserta gembira terlibat dalam IPC ini dan banyak input yang mereka perolehi. Diucapkan semoga semua peserta berjaya dan dapat menambah nilai kepada masyarakat.

Selamat Maju Jaya!!

Para peserta gembira terlibat dalam IPC seminar dan bergambar kenangan bersama En Jeff AJ