fbpx

Jeff AJ

 
Jeff AJ merupakan pengasas kepada Millionaire Thrivers Group.  Beliau merupakan seorang yang sangat-sangat berdedikasi dan mementingkan kemajuan kerjaya. Memulakan kerjaya sebagai seorang pengurus di Sistem Penerbangan Malaysia, beliau kemudiannya disunting untuk menjadi Assistant Vice President di CIMB Bank Berhad.
 
Semangat dan cita-cita beliau untuk berjaya sebagai seorang usahawan membara-bara dan menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk menamatkan karier ‘makan gaji’ beliau dan memulakan perniagaan dalam bidang Kewangan dengan menyertai Principal Asset Management dibawah kumpulan Charisma Legacy.
 
Jeff AJ merupakan seorang perunding terpantas yang dinaikkan pangkat sebagai Group Agency Manager di syarikat tersebut dan kemudiannya membuka agensi sendiri yang dinamakan Millionaire Thrivers Group atau MTG. Kini beliau mengembangkan perniagaan beliau dengan menceburi Hong Leong MSIG Takaful sebagai Chief Takaful Consultant dan juga telahpun berpindah dari Principal Asset Management ke RHB Asset Management bermula dari tahun 2016.
 
 
Di Hong Leong MSIG Takaful Jeff AJ telahpun dinobatkan sebagai Chief Takaful Consultant terbaik bagi tempoh 2017-2020 dengan jumlah jualan terkumpul tertinggi.  MTG merupakan sebuah Million Dollar Agency di Hong Leong MSIG Takaful yang merekodkan pencapaian tahunan melebihi RM1 juta setahun.
 
 
Jeff AJ juga merupakan seorang Master Trainer di bawah didikan Dr Lawrence Walter Ng dan telah beberapa kali mengadakan seminar untuk semua perunding dibawah jagaan beliau.
 
Untuk maklumat lanjut tentang beliau, anda bolehlah mengunjungi profile LinkedIn beliau di alamat ini – LinkedIn Profile