Blog

RHB Asset Management Achievers Award 2016

“A Night of Glitz and Glitter” menjadi tema pilihan untuk malam yang berprestij bagi RHB Asset Management (RHBAM) iaitu RHBAM Achievers Award 2016 pada 19 April 2017 yang berlangsung baru-baru ini. Semua yang hadir tampak begitu hebat dan memukau dalam pakaian yang berkemilauan sesuai dengan tema ‘Glitz and Glitter’ pada malam itu.

Warga Millionaire Thrivers elegan dan tampan berpakaian ‘Glitz and Glitter’

Majlis RHB Achievers Award 2016 yang bertempat di One World Hotel, Damansara ini diceriakan dengan pelbagai persembahan yang berjaya memukau pandangan semua yang hadir. Hidangan makanan lazat yang berkonsepkan ‘Chinese Cuisine’ dalam suasana yang meriah dengan lampu berwarna-warni pasti membuatkan sesiapa yang berada di sana seperti tidak mahu pulang.

Warga Millionaire Thrivers kelihatan hebat bergambar bersama
Barisan Kumpulan Millionaire Thrivers cawangan Kota Bharu turut hadir memeriahkan malam berprestij

Malam tersebut merupakan malam yang cukup bermakna kerana ia adalah malam penyampaian anugerah kepada perunding kewangan berprestasi tinggi yang bernaung di bawah RHB Asset Management. Jeff AJ, Pengerusi Agensi Kumpulan Millionaire Thrivers merupakan salah seorang yang berjaya ke pentas bagi merangkul anugerah “Premier Sales Convention 2016″ yang bakal membawa semua yang layak untuk bercuti ke Croatia selama 8hari 6 malam iatu pada 9 Mei sehingga 17 Mei 2017 nanti.

Jeff AJ tersenyum gembira menerima anugerah. Tahniah!!!

Majlis berprestij ini pastinya memberi peransang kepada semua yang terlibat dalam bidang ini untuk mencapai suatu pencapaian yang membanggakan dalam industri kewangan pada masa hadapan.

Selamat Maju jaya!

 

Takaful Starnite by MTA

Baru-baru ini, pada 27 Mac 2017 telah berlangsungnya Takaful Starnite yang telah dianjurkan oleh Malaysian Takaful Association (MTA). MTA merupakan badan yang menaungi semua syarikat-syarikat takaful di Malaysia. Manakala Takaful Starnite pula adalah satu majlis anugerah yang memberi penganugerahan kepada perunding-perunding takaful terbaik diantara semua syarikat- syarikat takaful yang ada di Malaysia.

Pengerusi agensi kumpulan Millionaire Thrivers, Jeff AJ telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi malam gala Takaful Starnite anjuran Malaysia Takaful Association (MTA) bagi pihak HLM Takaful, bersama-sama MTC Nurulniza Idris dan STC Ariff Hamdan.

Majlis yang berprestij ini sememangnya sangat memberi perangsang untuk semua orang yang terlibat dalam industri takaful dan menjadi kayu ukur untuk memberikan pencapaian yang terbaik di dalam negara kita.

Semoga semua terus maju bersama-sama di dalam industri ini.

Selamat Maju Jaya

 

Dari kiri STC Ariff Hamdan, GAM Jeff AJ dan GAM Nurulniza bergaya di malam gala takaful starnite

 

Agensi Terbaik di Hong Leong MSIG Takaful (HLMT)

 

Alhamdulillah, baru-baru ini CTC Jeff AJ telahpun mendapat surat penghargaan dari Group Managing Director Hong Leong Assurance / Hong Leong MSIG Takaful untuk prestasi terbaik pada bulan Julai sehingga December 2016.  Ini telah menjulang agensi Millionaire Thrivers Group sebagai agensi terbaik untuk Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) di dalam Malaysia secara keseluruhan dengan kutipan hampir mencecah 1 juta ringgit.

Sebagai sebuah agensi terbaik, apa yang penting di dalam menggerakkan sesuatu agensi adalah dengan adanya support system dan latihan yang konsisten.

Hong Leong MSIG Takaful atau HLM Takaful telah menyediakan platform yang terbaik dengan menyediakan produk yang hebat.  Manakala pada peringkat agensi pula, semua perunding mestilah dilengkapi dengan ilmu bukan sahaja dari segi produk malah dari segi soft skill, presentation skill, sales approach method, after sales service dan sebagainya.

Majlis Anugerah Pencapaian Agensi HLM Takaful

 

Di Millionaire Thrivers Group, kami menyediakan sistem latihan dan seminar iaitu kelas mingguan percuma, seminar, bengkel dan perkongsian.  Kami juga mengadakan sessi prospecting iaitu mencari pelanggan melalui bimbingan secara langsung – cold calling, face to face approach, booth, department talk dan sebagainya.

 

Anugerah dari HLM Takaful atau HLMT

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian dari keluarga besar kami, sila hantarkan resume kepada jeff-aj@millionairethrivers.com atau abjefri@gmail.com.  Anda juga boleh menghubungi beliau melalui whatsapp di 012-3023433.

Bagi anda yang sudahpun mempunyai pengalaman dalam bidang takaful, insurans atau unit amanah, program pantas akan diberikan untuk memberi kenaikan pangkat secara langsung berdasarkan pengalaman.

HLMT Dinner

Pada 9 Mac 2017, pihak HLM Takaful telah mengadakan makan malam gala sempena ” HLM Takaful Agency Award Presentation” yang telah berlangsung di Four Point Hotel by Sheraton, Puchong.

Pengerusi agensi kumpulan Millionaire Thrivers Jeff AJ telah menerima anugerah sebagai Chief Takaful Consultant (CTC) terbaik yang telah membawa kumpulan Millionaire Thrivers sebagai sebuah agensi No.1 di Malaysia di bawah HLM Takaful. Manakala Supervisor Takaful Consultant (STC) Ariff Hamdan pula adalah merupakan salah seorang dari penerima anugerah Perunding Takaful Terbaik.

Kami warga Millionaire Thrivers mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah.

Diucapkan semoga terus maju dan menjadi aspirasi kepada warga Millionaire Thrivers yang lain untuk terus maju dan berjaya di dalam bidang penasihat kewangan.

Selamat Maju Jaya

Tahniah STC Ariff Hamdan, It’s Awesome

 

Tahniah Jeff AJ atas anugerah Top Chief Takaful Consultant

 

Warga Millionaire Thrivers bergaya di malam gala HLMT

 

Warga Millionaire Thrivers bergambar kenangan bersama Ms. Loh Guat Lan yang merupakan seorang HLMT/HLA Group Managing Director

GSIS Seminar & Program Step Up

Pada 4 – 6 Febuari yang lalu, pihak Millionaire Thrivers telah mengadakan satu seminar dan bengkel iaitu Goal Setting Inspirational Seminar (GSIS) dan Step Up Program. Program ini merupakan sebuah kerjasama antara dua pihak iaitu Millionaire Thrivers Group dibawah kelolaan En Jeff AJ dan pihak Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) selama 3 hari 2 malam bertempat di RHR Hotel UNITEN di Bangi. Seramai 33 orang peserta telah terlibat dalam program ini.

Alhamdulillah, seminar ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama yang baik dari semua pihak dan peserta.

Pada hari pertama, seminar dimulakan dengan pembukaan yang penuh bersemangat oleh MTC Nurulniza Idris. Majlis kemudiannya diteruskan oleh Presiden Kumpulan Millionaire Thrivers iaitu En Jeff AJ selaku penceramah untuk program GSIS ini.

Presiden Kumpulan Millionaire Thrivers En Jeff AJ membuat aktiviti bersama para peserta

Seminar ini memberikan pendedahan kepada para peserta tentang betapa pentingnya meletakkan sesebuah matlamat atau ‘goal setting’ di dalam kehidupan dan kerjaya seseorang. Matlamat yang dimaksudkan adalah perkara yang ingin dicapai mengikut rangka masa yang telah ditetapkan secara sistematik dan terperinci.

Para peserta menulis matlamat atau 'goals setting' di kawasan yang memberi ketenangan

Para peserta menulis matlamat atau ‘goal setting’ di kawasan yang memberi ketenangan

Peserta didedahkan dengan cara bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut iaitu dengan meletakkan minda untuk sentiasa berfikiran positif dan yakin tentang apa yang diingini, yang akan menjadi milik individu tersebut sekiranya mereka mempunyai keinginan yang luar biasa, percaya, berusaha dan tidak pernah putus asa.

Pada sebelah malamnya peserta dihidangkan dengan makan malam gaya ‘shellout’ di Restoran D’Tasik yang terletak bersebelahan dengan Hotel RHR@UNITEN.

Para peserta makan malam gaya ‘shellout’ di Restoran D’Tasik

Seminar diteruskan lagi pada hari kedua yang menyaksikan kemuncak program GSIS ini sehingga ramai para peserta yang mengalirkan air mata.

Pada sebelah petang pula, pihak pengurusan HLMT yang terdiri daripada Encik Syed Redzo iaitu Head of Agency Business, Encik Amri iaitu Head of Agency Development, Encik Sidek, Puan Nuruelmi dan Puan Yong Athirah telah mengadakan bengkel kepada para peserta yang dinamakan Step Up Program. Program ini dimulakan dengan menerapkan kefahaman mengenai pentingnya pengurusan kewangan yang teratur di dalam bentuk lakaran.

Pihak pengurusan HLMT untuk Step Up program, dari kiri Encik Sidek, Puan Nuruelmi, Encik Syed Redzo, Puan Yong Athirah dan Encik Amri
Encik Syed Redzo, Head of Agency HLMT menyampaikan kata ucapan kepada para peserta

Pada sebelah malamnya pula para peserta dikehendaki membuat simulasi mengenai cara membuat pembentangan menggunakan lakaran yang telah diajar pada sessi sebelumnya kepada lima orang fasilitator yang terlibat.

Aktiviti kumpulan yang dilakukan oleh para peserta untuk ‘Step Up’ Program
Antara peserta yang membuat aktiviti simulasi kepada lima orang fasilitator

Keesokan harinya, bengkel ini diteruskan lagi untuk hari yang ketiga yang dikelolai oleh Puan Nuruelmi, iaitu salah seorang jurulatih dari HLMT untuk slot “Handling Objection and Presentation tools”.

Seminar ini telah memberi satu impak yang baik kepada para peserta dari segi mental dan fizikal untuk sentiasa positif. Disamping itu, bengkel ini juga telah mewujudkan satu kerjasama yang tinggi di kalangan peserta.

Bergambar kenangan  para peserta bersama En Jeff AJ dan pihak pengurusan HLMT

Pihak Millionaire Thrivers mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HLMT dan para peserta atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Diucapkan semoga semua peserta berjaya dan terus berkembang untuk menjadi MDRT, COT, TOT dalam bidang insurans dan takaful bersama HLMT serta dalam bidang unit amanah dan penulisan wasiat yang juga menjadi tunggak kepada aktiviti kumpulan Millionaire Thrivers.

Selamat Maju Jaya!!

IPC Seminar

Sekali lagi pihak Millionaire Thrivers telah mengadakan seminar Intensive Personal Coaching (IPC) pada 20,21 dan 22 Januari yang lalu bertempat di pejabat utama Millionaire Thrivers di Sepang. Seminar ini dikelolai sepenuhnya oleh En Jeff AJ selaku Presiden Kumpulan Millionaire Thrivers dan seramai 12 orang yang terlibat.

Seminar ini sesuai untuk perunding – perunding yang baru berkhidmat dalam bidang kewangan. IPC ini lebih menekankan tentang pembawakan diri, bagaimana untuk seseorang itu memperbetulkan diri mereka sebelum dapat memulakan pekerjaan dengan lebih efektif dan dalam masa yang sama dapat menjadi seorang perunding kewangan yang hebat, berpengetahuan dan berjaya.

Peserta fokus mendengar penerangan daripada En Jeff AJ

Pelbagai aktiviti yang diperkenalkan oleh para peserta, antaranya aktiviti berkumpulan dimana setiap kumpulan dikehendaki mencapai target berjumlah RM500 000 untuk lulus di dalam seminar ini.

Gelagat para peserta seronok melakukan aktiviti berkumpulan

Seminar ini banyak menekankan pembentukan kelakuan harian individu. Untuk berjaya, seseorang itu perlu mengubah kelakuan biasa (pattern) kepada kelakuan yang luar biasa (XO pattern) dalam kehidupan seharian.

Selain itu, kata-kata positif yang digunakan oleh seseorang itu juga boleh mempengaruhi sikap dan kelakuan mereka. Individu juga perlu mempunyai tahap daya tahan mental yang tinggi (mental warrior) dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang.

Peserta melakukan aktiviti ‘Heart to Heart’

Di samping itu, para peserta juga didedahkan pembelajaran secara  teknikal tentang unit trust, insurans, dividen, bonus dan plan-plan takaful.

Semua peserta gembira terlibat dalam IPC ini dan banyak input yang mereka perolehi. Diucapkan semoga semua peserta berjaya dan dapat menambah nilai kepada masyarakat.

Selamat Maju Jaya!!

Para peserta gembira terlibat dalam IPC seminar dan bergambar kenangan bersama En Jeff AJ

 

HIBAH & WASIAT – AWAK SANGAT NAKAL

img_4645
Pada hari Sabtu lepas saya menghabiskan masa seharian untuk menonton drama bersiri AWAK SANGAT NAKAL. Saya suka cerita itu kerana penuh dengan keceriaan. Tambahan pula sudah lebih 5 tahun saya tidak mengikuti siri drama di TV, jadi saya ambil peluang untuk merakamkannya menggunakan decoder Astro. Sebelum itu beberapa episod saya sempat saksikan melalui Astro On The Go. Thanks to technology.

By the way, ada satu perkara yang saya rasa ingin kupaskan kerana ianya agak mengelirukan orang ramai mengenai wasiat dan hibah. Mungkin penerbit drama tersebut tidak arif tentang konsep wasiat dan hibah di dalam Islam.

Dalam drama tersebut mengatakan, sekiranya wasiat telahpun ditulis, maka hukum faraid akan TERBATAL dengan sendirinya. Ini adalah sangat SALAH dan TIDAK BENAR. Sebenarnya hukum ALLAH mengatasi dari hukum-hukum ciptaan manusia. Wasiat boleh ditentang dan sekiranya ini terjadi maka hukum FARAID akan diterima pakai sebagai ABSOLUTE solution bagi meredakan pertikaian pembahagian harta.

Isteri berhak mendapat 1/8 dari jumlah harta dan juga boleh menuntut harta sepencarian untuk segala harta yang diusahakan sepanjang tempoh perkahwinan. Manakala anak perempuan pula (sekiranya tiada anak lelaki) cuma berhak mendapat maksima 1/2 bahagian sahaja, sekiranya ada datuk dan nenek, bahagian mereka akan diberikan dan selebihnya akan jatuh kepada waris lelaki sebelah ibu atau bapa atau baitulmal. Tiada istilah anak perempuan mendapat 100% harta hanya melalui wasiat kecuali semua waris yang berhak bersetuju.

Hibah melalui wasiat selepas kematian cuma tertakluk kepada 1/3 dari harta sahaja untuk diberikan kepada individu BUKAN WARIS yang berhak atau sebagai sedekah jariah.

Penamaan untuk KWSP, pencen, simpanan dan sebagainya di dalam Islam hanyalah sebagai lantikan PEMEGANG AMANAH sahaja, bukanlah sebagai penerima yang berhak. Ianya mestilah diberikan kepada waris-waris mengikut hukum faraid KECUALI semua waris sudah bersetuju untuk tidak menuntut. Sekiranya ianya tidak dibahagikan mengikut hukum faraid, maka penama tersebut secara langsung ataupun tidak langsung telahpun mengambil HARTA BATIL, iaitu mengambil hak orang lain. Ini berdosa.

Bagaimana untuk mengatasi hal seperti ini?

1. Penulisan wasiat itu penting walaupun ianya boleh ditentang, sekurang-kurangnya si mati menulis hasrat hatinya. Semoga ianya akan diikuti oleh semua waris. Wasiat boleh diambil melalui beberapa syarikat pengurusan wasiat dan amanah (Trustee Company) yang akan dilantik sebagai pentadbir untuk mempercepatkan proses pembahagian harta terutama sekiranya berlaku pertelingkahan, pembahagian harta tidak akan terhenti dan harta tidak dibekukan.

2. Mengambil simpanan takaful dengan manfaat KEMATIAN yang MENCUKUPI dengan memilih HIBAH BERSYARAT yang ditawarkan oleh kebanyakan syarikat takaful. Wang yang diterima adalah hak mutlak penerima seperti yang diaqadkan. Sekiranya ada anak perempuan tunggal, wang itu boleh lah dijadikan ganti disebabkan beliau tidak mendapat 100% harta dari harta peninggalan. Malah, anak perempuan tersebut boleh juga menggunakan wang hibah takaful itu untuk membayar kepada waris bagi menuntut rumah atau harta lain yang jatuh kepada pakcik-pakciknya.

3. Mengambil produk DEKLARASI HIBAH untuk menghibahkan terus harta kepada anak-anak supaya tidak terjadinya pertikaian selepas kematian. Deklarasi hibah ini merupakan hibah yang berkuat kuasa selepas kematian. Sebelum berlakunya kematian, penerima hibah ini tidak berhak untuk mengambil harta tersebut. Contohnya menghalau ibubapa dari rumah atau menjual rumah sehinggakan ibubapa hilang tempat berteduh.

– Jeff AJ

Hubungi perunding Millionaire Thrivers Group yang anda sukai untuk mengambil wasiat atau hibah bersyarat takaful.

Bengkel & Forum Takaful

Baru baru ini pihak Millionaire Thrivers dengan kerjasama pihak MillionaireSisters EXP Business telah mengadakan sebuah bengkel dan forum takaful.  Pada awalnya bengkel ini sepatutnya diadakan di pejabat Millionaire Thrivers di Sepang, namun begitu oleh kerana sambutan yang diluar jangkaan, ianya terpaksa dibuat di Hong Leong MSIG Takaful, PJ.

Alhamdulillah, pihak HLMT telah memberikan sokongan yang tiada taranya dengan menyediakan ruang untuk kami malah juga menyediakan makan tengahari dan minum petang untuk kami secara percuma.  Majlis bermula dengan pembukaan oleh MTC Nurulniza Idris selaku pengerusi majlis diikuti oleh Ketua bahagian Family Agency iaitu Syed Redzo yang juga turut serta bersama-sama untuk hadir dan memberikan sepatah dua kata bagi memberikan semangat kepada peserta.

img_2779
Head of Family Takaful Agency – Syed Redzo memberikan kata-kata aluan kepada peserta

Bengkel kemudiannya diteruskan dengan sessi motivasi dari Chief Takaful Consultant HLMT iaitu Jeff AJ.  Para hadirin sangat teruja dan bersemangat.  Kemudiannya sessi pembelajaran produk HLMT diteruskan oleh Business Development Manager iaitu En. Amri.

img_2782
Business Development Manager – Encik Amri sedang mengajar tentang produk-produk HLMT

 

851519495_10351974723439909997

img_2767
Sessi motivasi oleh CTC Jeff AJ

Sebelah petangnya forum bermula di mana empat panel terpilih telahpun dijemput untuk memberikan motivasi serta tips-tips yang bernas untuk para hadirin belajar bagaimana mereka harus mulakan untuk berjaya dalam bidang perunding kewangan terutama dalam bidang takaful dan insurans. Forum ini telah dipengerusikan oleh CTC Jeff AJ.

whatsapp-image-2016-10-01-at-8-54-42-pm
Dina Masron berkonsi tips-tips untuk berjaya
whatsapp-image-2016-10-01-at-8-54-41-pm
MDRT Melliza memberikan satu perkongsian yang sangat-sangat hebat
whatsapp-image-2016-10-01-at-8-54-38-pm
CTC Jeff AJ memberika kupasan dan berinteraktif dengan peserta

whatsapp-image-2016-10-01-at-8-55-17-pm

851516380_15031706663435251592
Sebahagian dari peserta yang sempat bergambar kenangan sebelum majlis bersurai.

Mungkin aura mereka ini terlalu kuat sehinggakan semua peserta begitu teruja sekali dengan pembentangan yang dibuat. Semoga kumpulan MillionaireSisters EXP Business di HLMT akan terus berkembang dan menjadi MDRT, COT dan TOT.

Selamat Maju Jaya!

Keikhlasan Dalam Kerjaya

Keikhlasan adalah sangat penting dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak kira dalam berkawan, bekerja mahupun berniaga. Apabila kita buat sesuatu dengan rasa penuh keihklasan tanpa inginkan balasan, insyaallah manfaatnya yang datang adalah menggunung.

Andai kita berkawan dengan ikhlas sudah pasti kita akan ada ramai kawan walaupun itu bukan yang kita cari.

Apabila kita rasa tidak punya wang, utamakan orang lain dahulu dengan bersedekah semampu yang boleh dan dari situ rezeki kita akan bertambah.

Andai kita berniaga kedai makan, kita memasak penuh keikhlasan untuk memberikan orang ramai merasai makanan yang sedap, sudah pasti orang akan datang kembali tanpa perlu kita suruh.

Kalau kita sediakan khidmat pelancongan, pastikan kita buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan bagi setiap sen yang mereka keluarkan.

Andai kita menjadi Perunding Kewangan, pastikan kita jujur untuk melihat pelanggan kita mempunyai wang yang banyak dengan menggandakan wang mereka di dalam pelaburan demi masa hadapan mereka, bukanlah poket kita matlamat utama.

Jadi bagaimana kita ingin bina network dalam perniagaan sedangkan kita tidak punya ramai kenalan? Jawabnya buat sahaja dengan ikhlas untuk menambah nilai kehidupan orang lain, nescaya Allah akan menghantar hamba-hamba Nya yang berdoa dalam solat meminta diberikan kejayaan itu datang berjumpa dengan kita. Allah menghantar mereka kerana kita ikhlas. Allah tidak akan menganiaya hamba-hamba Nya.

Jadi ikhlaskan diri kita untuk kebahagiaan, kejayaan dan nilai hidup orang lain maka Allah akan memberikan kita yang lebih hebat dari itu. Insyaallah.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Processed with Snapseed.
Processed with Snapseed.

Kami di Millionnaire Thrivers Group mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1436 kepada anda semua.

Semoga semua jemaah haji kita selamat pulang ke tanah air dengan selamat dan mendapat haji yang mabrur.

Kepada yang ingin menunaikan ibadah korban, semoga mendapat pahala dan keberkatan dari Nya.