Pelan Simpanan Pendidikan Paling Hebat

SSPN1M-i Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus) merupakan simpanan pendidikan patuh syariah yang paling hebat dan terbaik yang pernah disediakan oleh PTPTN.  Disamping menyimpan untuk anak-anak anda, pelan ini dilengkapi dengan perlindungan takaful untuk menjamin masa hadapan anak-anak anda sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini terhadap diri anda.

Siapa Yang Memerlukan Pelan Simpanan SSPN1M-i Plus?

Pelan simpanan SSPN1M-i Plus ini sesuai untuk ibubapa atau penjaga yang inginkan simpanan yang  berlandaskan syariah yang boleh menjamin masa hadapan anak-anak mereka.  

Simpanan ini juga sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan bayaran cukai dengan cara menabung kerana pelan simpanan ini melayakkan anda untuk mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun.

Bagi anda yang menginginkan simpanan yang rendah dan kelebihan yang tinggi, simpanan SSPN1M-i Plus amat sesuai untuk anda kerana pakej bermula serendah RM50 sebulan dengan faedah yang cukup hebat serta dividen yang sangat kompetitif.

Sekiranya anda sudahpun mempunyai masalah kesihatan serta tidak layak untuk mengambil pelan simpanan takaful keluarga atau polisi insurans, simpanan SSPN1M-i Plus sesuai kerana ianya tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan. 

2018 – RM500 BAKAL JADI MILIK ANDA


Dengan simpanan bersih SSPN1M minimum RM500, anda akan menerima simpanan PERCUMA RM500 dalam akaun SSPN1M anda.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia adalah penjenamaan semula Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang disediakan oleh PTPTN.

Produk SSPN1M-i dan SSPN1M-i Plus dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN-i Plus.

1 Simpanan 3 Cabutan


Dengan simpananRM50 , anda akan layak mendapat satu Cabutan Wow yang diadakan Tahunan, Sukuan dan Bulanan.

Cabutan WOW! SSPN1M-i Plus (Tahunan)
Tempoh : 1 Jan – 31 Dis 2018


  • Hadiah Pertama: Wang Tunai RM100,000 x  1 pemenang
  • Hadiah Kedua: Wang Tunai RM50,000 x 2 pemenang
  • Hadiah Ketiga: Wang Tunai RM10,000 x 3 pemenang
  • Hadiah Saguhati: Wang Tunai RM200 x 4,000 pemenang

Cabutan WOW! SSPN1M-i Plus (Sukuan)
Tempoh : Januari – Mac 2018, April – Jun 2018 , Julai – September 2018 , Oktober – Disember 2018


  • Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah Bernilai RM23,000 + RM3,000

Cabutan WOW! SSPN1M-i Plus (Bulanan)
Tempoh : Mac – Disember 2018

  • Pakej Percutian Keluarga Dalam Negara Bernilai RM4,000 + RM1,500  x 1 Pemenang
  • Tiket Percutian Keluarga ke Taman Tema Dalam Negara Bernilai RM1,500 + RM500  x 30 Pemenang